FLU BURUNG MEREBAK .. RIBUAN anak itik tak berdosa ini pun di BANTA*I MASSAL !
Penternak terpaksa membunuh semua anak itik peliharaan mereka ketika wabak selesema burung kembali merebak di China.Setakat ini seramai 20 orang disahkan terbunuh dan 70 lagi dirawat di hospital kerana dijangkiti virus baru selesema burung, dikenali sebagai virus H7N9.
Bagi mengelak virus itu merebak, pekerja ladang ternakan itik di wilayah Fujian membunuh beribu-ribu anak itik yang baru menetas. Dengan menutup hidung, mereka menggunakan penyodok untuk mengangkat anak itik itu dan mencampaknya ke relau bagi memastikan tiada virus yang terselamat.Beberapa hari lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran, lebih ramai manusia akan dijangkiti virus H7N9.-mymetro
No comments:
Post a Comment